“Saya malu la akak,nanti orang cakap apa pula.Dulu
saya ni mana la nak jaga batas-batas pergaulan,pakai tudung pun ikut orang
pakai saya pakai orang tak pakai saya tak pakai.Nanti kalau saya dah jadi ‘baik’
mesti kawan-kawan saya perli saya..Saya malu la akak tapi saya mahu berubah.”adu
Aina Hanani kepadaku.
“AstaghfirullahalAzzim..jangan la Aina berfikir
begitu,Aina tahu tak bila Aina niat untuk membuat kebaikan Allah dah bagi
pahala dekat Aina tau,dan bila Aina dah laksanakan niat Aina tu Allah akan bagi
lagi ganjaran pahala kat Aina.Tentang orang akan kata apa kalau Aina berubah
jadi baik,itu Aina janganlah risau ya.Sebenarnya Aina pun tahu kan setiap
perkara baik yang hendak kita lakukan mesti ada halangan terutamanya halangan
hasutan daripada musuh abadi kita iaitu syaitan laknatullah.Syaitan akan selalu
bisik melalui hati kita sehinggakan kita memikirkan perkara yang belum tentu
jadi pun kita ambil kisah.Bagi akak kalau orang cakap pasal kita sudah berubah
kepada kebaikan akak akan cakap Alhamdulillah Allah dah pilih aku untuk
bertaubat dan kembali kepadaNya.Takkah beruntung bila orang bercakap tentang
kebaikan kita?”,balasku lembut.
Dalam hati aku berasa kasihan dengan Aina.Aina
merupakan pelajar tahun 2 jurusan Chemical Engineering.Fakultinya bersebelahan
dengan fakulti aku,iaitu Fakulti Sains Kesihatan,kami mula kenal pada tahun
lepas.Waktu itu dia terlanggar aku ketika dia bergegas hendak pergi ke kelas akibat
terlambat bangun.
Selepas kejadian itu berlaku, kami selalu bertegur
sehinggalah aku bertekad hendak mengajaknya lebih memahami Islam kerana dalam
tempoh perkenalan kami aku dapat lihat dari segi cara pemakaian dan
pergaulannya menggambarkan dia perlukan seorang untuk membimbingnya.Alhamdulillah
setelah aku cuba memberi pendedahan sedikit demi sedikit.Aina sekarang sudah
mula hendak berubah.Namun di hatinya masih ada keraguan.Keraguan yang
memerlukan seseorang untuk menjelaskannya.Lantas dia mencari aku untuk
meluahkan rasa hatinya.
“Hmm tapi kak,kan dulu saya tak baik.memang lah saya
nak berubah jadi lebih baik tapi macam mana dengan kesalahan saya yang lepas..Kawan-kawan
saya sudah lama mengenali saya macam mana sebelum ni.Malu la saya bila hendak
berhadapan dengan mereka. ”adunya lagi.
“Wahai adikku sayang, jangan lah begini..Aina kena
lebih berfikiran positif..Aina tau tak Allah akan tolong hambaNya dalam apa jua
keadaan..Anggaplah ini suatu ujian daripadaNya.Akak percaya Allah akan hijabkan
dosa-dosa Aina yang terdahulu sekiranya Aina sudah bertaubat..Berdoalah meminta
kekuatan daripadaNya.InsyaAllah Aina akan mendapat pertolongan daripadaNya.Ok
sayang?”tambahku untuk menjelaskan lagi.
Kelihatan dia seperti memikirkan sesuatu tentang apa
yang aku perkatakan tadi.Aku menyambung lagi.
“Aina,cuba Aina renungkan.Aina mahu pandangan
daripada Allah ataupun manusia?Jikalau kak Humaira’ akak akan pilih pandangan
Allah SWT.Tahu tak kenapa?Kerana akak takut jika Allah menganggap perubahan
yang kita lakukan ini adalah semata-mata mengharapkan pujian dan pandangan
daripada manusia biasa.Apa sangatlah kekaguman manusia yang sementara
itu,akibatnya nanti kita yang tanggung sendiri .Kakak harap Aina faham apa yang
akak maksudkan.”aku cuba membuat dia berfikir sejenak.
“Apa maksud kak Humaira’ tentang akibat yang kita
akan tanggung nanti?”,Tanya Aina tanda kekeliruan.
“Akibatnya sekiranya kita cuma mengharapkan pujian
daripada manusia kelak kita akan binasa.Cuba Aina bayangkan jika pujian yang
kita harapkan itu tidak dapat?Mesti kita akan hilang semangat kembali untuk
membuat perubahan kerana matlamat yang kita mahu tidak tercapai.”aku cuba menerangkan
kepadanya.
Sambung aku lagi,”Dan sekiranya kita cuma
mengharapkan balasan dan pandangan mulia daripada Allah Azza wa Jala sudah
tentu kita akan berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh untuk membuat
perubahan.Hati kita juga akan terasa lebih yakin.Apabila terdetik sahaja
tentang apa yang akan diperkatakan orang nanti,mesti hati kita akan
berbisik,alah apa lah sangat yang hendak dihairankan,aku buat ni kerana
Allah,dan aku yakin kebaikan yang aku buat ini dipandang oleh Allah
SWT.InsyaAllah. Manusia cuma boleh mengkritik perlakuan kita sama ada kritikan
yang diberikan positif mahupun negatif. Tetapi Allah mengurniakan pahala
sekiranya kita menjalankan perintahNya seperti menutup aurat. Tidakkah besar
ganjaran yang Allah kurniakan berbanding dengan manusia?Lagipun sekiranya
mereka hendak mengata tentang apa yang sudah berlaku pada waktu dahulu Aina
biarkan sahaja.InsyaAllah lama kelamaan mereka pasti letih dan akan berhenti
daripada berbuat sedemikian.Dalam masa itu Aina doakan lah juga supaya
sahabat-sahabat Aina mendapat taufiq hidayah Ilahi.,”
“Subhanallah kak,Terima kasih kerana menolong
Aina.Sekarang baru Aina faham.Sebelum ni Aina silap Aina terlalu fikirkan
tentang pandangan manusia yang tidak punya apa-apa kuasa,Aina langsung tak
fikirkan betapa besarnya ganjaran yang akan Allah kurniakan sekiranya Aina
berubah membuat kebaikan.Aina harap Allah tidak tarik balik hidayah yang hendak
diberikan kepada Aina ini”.responsnya.
“InsyaAllah Adikku sayang.Akak akan sentiasa doakan
yang terbaik buat Aina.Dan sekiranya Aina ada kekeliruan lagi akak amat
mengalu-alukan Aina untuk datang jumpa akak,”pesanku.
“InsyaAllah kak,terima kasih sekali lagi ye
akak”,katanya sambil tersenyum puas.Dalam hatinya bersyukur kerana dipertemukan
seorang kakak yang baik seperti kak Humaira’ ini.Dia berazam untuk berubah dan
kali ini dia tidak akan tertipu lagi dengan hasutan syaitan sebab dia berubah
kerana Allah bukan kerana manusia.
p/s : kepada muslimat/muslimin yg tak pernah lelah berdakwah; pegang erat sahabatmu yang memerlukan hadirnya teman untuk memimpin tangannya ke syurga...bittaufiq wannajah..^_^



No comments:
Post a Comment