Tuesday 2 January 2024

AZAM TAHUN BARU 2024

Tahun 2024 Tahun untuk menyucikan diri. 


Ramai yang hadapi 2023 dengan macam-macam ujian, bila kata ujian ni banyak jenis tak sama semua orang, ada yang kena ujian kewangan, ujian pasangan, anak, ada yang sampai rasa macam tak percaya dia dapat habiskan juga hidup di tahun 2023 walaupun banyak cabaran yang dia lalui.


Ujian ni ada ujian waktu susah, 

Ada ujian waktu senang.


Bila kena ujian memang kita akan jadi lemah, down, pening kepala,rasa tak nak jumpa orang, rasa nak menyendiri. Macam-macam lagi.


Bila kena ujian ramai orang buat apa? Biasanya dia akan cuba cari solusi untuk hadapi, tanya orang, jumpa orang luah, kadang lempaskan pada orang lain, cuba cari salah tu dari mana, 


Usaha macam-macam dah, tapi masih sama. Lepas tu kecewa. Buat itu buat ini result tak ada, diri masih sama, masih dalam ujian tu malah kadang-kadang jatuh terus pada titik paling terendah. Masalah tak selesai pun, makin stress. 


Hakikatnya kan, sebenarnya Allah ni bagi hadiah ujian tu untuk kita lepaskan apa yang ada pada diri kita. Yes , menyucikan. Macam mana tu nak sucikan diri? 


Rasa lagi banyak ujian lagi banyak kecewa je, kan? Hehe 


Okay kita minta doa, nak nie, sampai kadang tu kita buat amal pun macam sedekah kita minta nak balasan dari tu, supaya Allah bagi apa yang kita nak. 


Perasan tak, bila mana orang yang buat amal ni sebabkan dia nak kaya, sebab dia nak masalah dia selesai, bila Allah izinkan dia dapat apa yang dia nak, terus amalan dia tu kelaut, dah kurang dah buat semua tu. Rasa dia dah berjaya, rasa dah hebat sangat. Tinggal habis semua. Ini kita kata dia buat amal sebab nak kan kelebihan amalan tu, bukan sebab Allah pun. Niat tu penting.


Jadi, kuncinya adalah, kita buat amalan, bukan sebab kita nak Allah selesaikan masalah kita, bukan sebab nak Allah bantu angkat ujian kita, tapi sebenarnya yang kita perlu letskkan dalam diri kita ialah buat amal, sebab nak REDHA ALLAH. Sebab apa?


Bila Allah redha, Allah akan bagi apa yang kita perlu apatah lagi benda yang kita nak jika Allah kata Dia nak bagi sekelip mata saja. 


Tapi apa yang kita tak mahu ialah, 


Bila ujian susah ramai yang datang pada Allah, bila ujian senang ramai yang akan hilang, sudah tak buat lagi amalan yang dia sudah buat waktu dia susah. 


ISTIQOMAH! Betulkan niat kita dari sekarang buat apa pun kita nak kan Redha Allah tu. Allah nak bagi bila, Allah nak bagi tak apa yang kita nak tu semua urusan Allah, tapi kita kena yakin yang Allah tak kan bebankan hambaNya melebihi apa yang dia mampu, percayalah Allah tak kan susahkan hambaNya. 


Okay? Hari ni hari ketiga 2024, ada yang nak join ke circle untuk sucikan diri ni.? Yes of course, yang bercakap ini bukan lah yang terbaik, seperti apa yang dari awal saya sebut, Tahun 2024 Tahun penyucian. Beemakna saya pun tak lepas dari ujian yang Allah bagi. Tapi alhamdulillah, berkat amalan-amalan dengan cara yang betul, satu-satu Allah permudahkan. Hati kita ni kalau lah boleh kita nak jadikan macam baby, suci hatinya. Kan.


As for now, jika ada yang berminat nak join circle ni just join dulu group, telegram ni, kenapa perlu circle? Ya, penting supaya kita ni tak keseorangan. Nak ubah diri ni bukan benda mudah. Perlukan kekuatan. Tak apa join dulu.  Circle SuciHati