Saturday, 18 May 2024

10 Rahsia Kecantikan Kulit Yang Wajib Anda Tahu Untuk Mendapat Kulit Berseri (PART 1)

Kulit yang sihat dan berseri adalah impian setiap individu, tetapi untuk mencapainya, diperlukan pemahaman yang mendalam tentang bagaimana merawatnya dengan betul. Dalam artikel kali ini, fishah akan mendedahkan kepada anda 10 rahsia kecantikan kulit yang tidak boleh dipandang remeh. Dari menjaga kebersihan kulit hingga memilih produk penjagaan kulit yang tepat, teruskan membaca untuk mengetahui langkah-langkah penting yang perlu diambil untuk mendapatkan kulit yang anda impikan.

1. Membersihkan Kulit Dengan Betul

  • Pastikan guna teknik pembersihan yang betul untuk pagi dan malam hari. Perlu diingatkan bahawa elakkan gosok muka terlalu kasar, kerana boleh merosakkan kulit muka kita. Dan perlu ambil tahu had sehari cuci muka hanyalah dua kali sehari sahaja, untuk menggelakkan kulit anda menjadi kering.
  • Cari pembersih muka yang sesuai dengan jenis kulit. sepeti contoh kulit kering perlu mencari bahan pencuci yang tidak mengeringkan seperti glycerin atau chia seed, yang terdapat dalam set skincare di bawah ini.


  • Pentingnya menghindari pembersih yang mengandungi bahan-bahan yang keras yang boleh mengeringkan kulit.

2. Mengelakkan Penyumbatan Pori

  • Penyumbatan pori dapat menyebabkan masalah kulit seperti jerawat dan komedo. Kulit menghasilkan sebum, minyak semulajadi yang berfungsi melembapkan kulit. Namun, produksi sebum yang berlebihan dapat menyebabkan pori-pori tersumbat. Sebum berlebih ini sering kali dikaitkan dengan perubahan hormonal.
  • Sel kulit mati juga penyebab pori tersumbat. Jika sel-sel kulit mati ini tidak terkelupas dengan baik, mereka bisa menumpuk dan menyumbat pori-pori. Eksfoliasi rutin dapat membantu menghilangkan sel kulit mati dan mencegah penyumbatan.
  • Beberapa produk perawatan kulit dan kosmetik dapat menyumbat pori-pori, terutama jika mengandung bahan komedogenik. Selalu periksa label produk dan pilih yang non-komedogenik (tidak menyumbat pori-pori).
  • Cara mengelakkan penyumbatan pori adalah antaranya dengan pembersihan yang mendalam dengan menggunakan exfoliator. Gunakan exfoliator (mekanik atau kimia) secara teratur untuk menghilangkan sel kulit mati. Pilih produk perawatan kulit dan kosmetik yang tidak menyumbat pori-pori.

3. Pembersihan Selepas Bersolek

  • Langkah-langkah untuk menyelaraskan solekan sepenuhnya bagi mengelakkan tersumbatnya pori-pori dan kerosakan kulit. Selalu cuci solekan sebelum tidur untuk memberikan kulit untuk bernafas dan memperbaiki diri. Gunakan pembersih solekan yang efektif namun lembut, seperti micellar water atau cleansing oil. Double cleansing,juga boleh digunakan menggunakan pembersih berasaskan minyak diikuti dengan pembersih berasas air, untuk memastikan semua solekan dicuci dengan baik. Ini antara micellar make up remover yang terbaik dari Artistry






Cukup untuk sharing kali ini, fisha akan share tips ke-4 hingga ke-10 pada next entry, please follow for more information & knowledge. Thanks for reading.

No comments:

Post a Comment