Tuesday 31 December 2013

Sign of The Final Hour

Isu Banjir? Ada apa ya dengan isu banjir nie? Okay dari banyak-banyak isu tentang banjir saya ambil satu perkara tentang pendapat orang. Di satu sudut kelompok manusia ada yang kata ianya bala daripada Allah dek kerana kemungkaran yang manusia lakukan. Ada juga yang kata itu balasan dari Allah pada pemimpin-pemimpin yang tak menjalankan tanggungjawabnya. Ada juga yang kata disebabkan kuasa-kuasa atasan yang inginkan taklukan dunia. Benarkah semua statement ini? Aduh, pening memikirkan mana satu yang betul. Namun bagiku, this is the sign of the final hour.

Bila banjir,
Kita kata kita simpati dengan mangsa banjir?
Bila ada viral ikan naik ke darat,
kita kata pelik ikan naik ke darat?
Bila harga minyak naik, harga barang naik,taraf hidup makin tinggi,
kita kata pemimpin kita zalim dan kejam?
bila ada viral muslimah peluk Kpop-an,
kita kata kita sedih tengok perempuan sekarang dah macam orang jahiliyyah dahulu di zaman Makkah?
Bila kes-kes rogol bunuh semakin banyak,
kita kata takut sebab sekarang dah banyak perogol, anak rogol ibu, pelajar rogol guru?
Banyak lagi yg kita TAKUT dan SEDIH,

TAPI!!! Cuba muhasabah semua kejadian tu pada diri kita~

Adakah semua tu berlaku tanpa mmberi apa-apa kesan pada perubahan diri kita? Jom kita bermuhasabah.


kadang-kadang kita sering tengok yang diluar,sehinggakan LUPA lihat di DALAM diri sendiri dan LUPA untuk TAKUT pada janji ALLAH (yakni HARI KIAMAT) , kita tak sedar bahawa ini lah peringatan ALLAH yang mahu ingatkan kita supaya KEMBALI padaNya sebelum terlambat, dan KITA sibuk BERKATA itu dan ini TANPA berasa sedih yg DIRI kita sebenarnya masih belum bersedia utk hadapi hari KEBANGKITAN!

Sedar lah Manusia, KITA sudah menghampirinya...PLEASE buat sesuatu yang dapat membantu diri kita nanti, di tempat yang kekal iaitu hari akhirat..



take your time, and watch this video from youtube. Lets change what we've not change yet, even not to much but its much more better if we were istiqamah with it.