Wednesday 1 August 2012

Pada 09.03.12 baru2 nie saya telah pergi ke program perkongsian palestin..di mana mereka menjemput Ir.Abdul Rahim Shehab (palestinian) utk memberi perkongsian tersebut..jadi InsyaAllah kat sini saya nak bkongsi sedikit apa yang saya dapat melalui program tu..boleh kita sama2 renungkan..

salah 1 point Ir Abdul Rahim malam tu adalah sebagai student apa yang kita perlu buat utk palestin??
Sebagaimana kita tau ramai sangat para syuhada’ di sana.Dan yang paling menyentuh hati saya kanak-kanak yang baru nak mengenali erti kehidupan sepertimana kita waktu kecil dahulu, juga turut terkorban  akibat kekejaman manusia yang tidak berhati perut itu ..jika kita masih ingat pada zaman kanak-kanak ini lah hampir setiap hari kita bermain bersama2 dgn rakan..Namun keriangan yang sepatutnya hak milik anak2 bumi palestin itu di rampas oleh kezaliman tentera Israel..

MasyaAllah tidak dapat terbayang seandainya kanak-kanak itu merupakan adik-adik kita..Mesti terasa sangat pilu dan sedih apabila melihat mayat mereka terpaku di hadapan dgn berlumuran darah..tidakkah kita sedar mereka juga sedara kita??adakah kita lupa dsebabkan keamanan yg kita ada skrg??Jadi sebagai peljar selain dpd tuntutan menuntut ilmu kita juga perlu menolong sedara kita,sedara seislam kita di sana..Apa lah sangat pengorbanan kita yg Cuma sedikit ini jikalau nak dibandingkan dgn penderitaan mereka..So,from that programme Ir Abdul Rahim tell us that what we can do to palestin? :

1.    Ramai lagi di antara kita buat tidak tahu sahaja tentang isu palestin..Ada kala tu jikalau ditanya tahu x tentang palestin?salah 1 jawapan merka adalah “hmm sorry we don’t know about palestin”… [tindakan kita : GIVE  KNOWLEDGE TO THEM (ALL MALAYSIAN) ABOUT PALESTIN,GIVE AN IDEA/VIEW WHAT ACTUALLY ISRAEL DO TO GAZA(PALESTIN)…macam mane tu eh?mcm nie mostly kita suka sgt on9..kdg2 kita on9 post bnda2 yg tdak bfaedah kan..so dpd kita post bnda yg x dpt ap2 lbih baik kita ingatkan org ramai ttg isu palestin yang tercinta..boleh jugak bila balik rumah cerita dekat family members ttg palestin..boleh kan kita hijrah tmasuk la dgn sy..insyaAllah..

2.     Kalau lah kita ni mmg x pandai la nk post atau nak tulis apa2 ttg palestin mungkin kita x tau sgt isunya..why not kita BERDOA..bdoa tiap2 lepas solat semoga Allah tabahkan hati mereka,selamatkan bumi palestin..boleh kan sahabat?


3.   DERMA..kalau sebelum nie kita boleh beli hp yang hampir beribu harganya..tp knp bila smpai tabung derma utk palestin je kita Cuma keluarkan not RM1 sahaja..sedihnya..cuba bayangkan kita ditempat merka..kita mmg perlukan sgt sumbangan tu kan?mmg la bg byk mne pun x pe asalkan ikhlas..tapi muhasabah diri..kenapa duit utk beli hp yang mahal kita mudah je bagi kat jurujual  sedngkan kita nak tolong sedara kita,kita Cuma bagi Rm1 sahaja..MasyaAllah sedihnya kalau mereka tau kita macam nie..jadi boleh kan kalau lepas nie ada tabung derma kita bagi la lebih sikit..tp ikut la kemam[uan kita..igt jgn kata sy x mampu sedangkan hp yg kita guna tu touch screen..cukup lah kita cinta kan materialistic..tolong lah bumi palestin.. please.. :’(

p/s: banyak lagi sebenarnya yg boleh kita buat..above are some of that..semoga kita amalkan..sebelum nie mungkin kita tidak tahu..so skg kita dh tau kan?moh le kite buat sme2..=)

MALU TAPI MAHU


“Saya malu la akak,nanti orang cakap apa pula.Dulu saya ni mana la nak jaga batas-batas pergaulan,pakai tudung pun ikut orang pakai saya pakai orang tak pakai saya tak pakai.Nanti kalau saya dah jadi ‘baik’ mesti kawan-kawan saya perli saya..Saya malu la akak tapi saya mahu berubah.”adu Aina Hanani kepadaku.

“AstaghfirullahalAzzim..jangan la Aina berfikir begitu,Aina tahu tak bila Aina niat untuk membuat kebaikan Allah dah bagi pahala dekat Aina tau,dan bila Aina dah laksanakan niat Aina tu Allah akan bagi lagi ganjaran pahala kat Aina.Tentang orang akan kata apa kalau Aina berubah jadi baik,itu Aina janganlah risau ya.Sebenarnya Aina pun tahu kan setiap perkara baik yang hendak kita lakukan mesti ada halangan terutamanya halangan hasutan daripada musuh abadi kita iaitu syaitan laknatullah.Syaitan akan selalu bisik melalui hati kita sehinggakan kita memikirkan perkara yang belum tentu jadi pun kita ambil kisah.Bagi akak kalau orang cakap pasal kita sudah berubah kepada kebaikan akak akan cakap Alhamdulillah Allah dah pilih aku untuk bertaubat dan kembali kepadaNya.Takkah beruntung bila orang bercakap tentang kebaikan kita?”,balasku lembut.
Dalam hati aku berasa kasihan dengan Aina.Aina merupakan pelajar tahun 2 jurusan Chemical Engineering.Fakultinya bersebelahan dengan fakulti aku,iaitu Fakulti Sains Kesihatan,kami mula kenal pada tahun lepas.Waktu itu dia terlanggar aku ketika dia bergegas hendak pergi ke kelas akibat terlambat bangun.


Selepas kejadian itu berlaku, kami selalu bertegur sehinggalah aku bertekad hendak mengajaknya lebih memahami Islam kerana dalam tempoh perkenalan kami aku dapat lihat dari segi cara pemakaian dan pergaulannya menggambarkan dia perlukan seorang untuk membimbingnya.Alhamdulillah setelah aku cuba memberi pendedahan sedikit demi sedikit.Aina sekarang sudah mula hendak berubah.Namun di hatinya masih ada keraguan.Keraguan yang memerlukan seseorang untuk menjelaskannya.Lantas dia mencari aku untuk meluahkan rasa hatinya.



“Hmm tapi kak,kan dulu saya tak baik.memang lah saya nak berubah jadi lebih baik tapi macam mana dengan kesalahan saya yang lepas..Kawan-kawan saya sudah lama mengenali saya macam mana sebelum ni.Malu la saya bila hendak berhadapan dengan mereka. ”adunya lagi.


“Wahai adikku sayang, jangan lah begini..Aina kena lebih berfikiran positif..Aina tau tak Allah akan tolong hambaNya dalam apa jua keadaan..Anggaplah ini suatu ujian daripadaNya.Akak percaya Allah akan hijabkan dosa-dosa Aina yang terdahulu sekiranya Aina sudah bertaubat..Berdoalah meminta kekuatan daripadaNya.InsyaAllah Aina akan mendapat pertolongan daripadaNya.Ok sayang?”tambahku untuk menjelaskan lagi.


Kelihatan dia seperti memikirkan sesuatu tentang apa yang aku perkatakan tadi.Aku menyambung lagi.

“Aina,cuba Aina renungkan.Aina mahu pandangan daripada Allah ataupun manusia?Jikalau kak Humaira’ akak akan pilih pandangan Allah SWT.Tahu tak kenapa?Kerana akak takut jika Allah menganggap perubahan yang kita lakukan ini adalah semata-mata mengharapkan pujian dan pandangan daripada manusia biasa.Apa sangatlah kekaguman manusia yang sementara itu,akibatnya nanti kita yang tanggung sendiri .Kakak harap Aina faham apa yang akak maksudkan.”aku cuba membuat dia berfikir sejenak.


“Apa maksud kak Humaira’ tentang akibat yang kita akan tanggung nanti?”,Tanya Aina tanda kekeliruan.


“Akibatnya sekiranya kita cuma mengharapkan pujian daripada manusia kelak kita akan binasa.Cuba Aina bayangkan jika pujian yang kita harapkan itu tidak dapat?Mesti kita akan hilang semangat kembali untuk membuat perubahan kerana matlamat yang kita mahu tidak tercapai.”aku cuba menerangkan kepadanya.



Sambung aku lagi,”Dan sekiranya kita cuma mengharapkan balasan dan pandangan mulia daripada Allah Azza wa Jala sudah tentu kita akan berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh untuk membuat perubahan.Hati kita juga akan terasa lebih yakin.Apabila terdetik sahaja tentang apa yang akan diperkatakan orang nanti,mesti hati kita akan berbisik,alah apa lah sangat yang hendak dihairankan,aku buat ni kerana Allah,dan aku yakin kebaikan yang aku buat ini dipandang oleh Allah SWT.InsyaAllah. Manusia cuma boleh mengkritik perlakuan kita sama ada kritikan yang diberikan positif mahupun negatif. Tetapi Allah mengurniakan pahala sekiranya kita menjalankan perintahNya seperti menutup aurat. Tidakkah besar ganjaran yang Allah kurniakan berbanding dengan manusia?Lagipun sekiranya mereka hendak mengata tentang apa yang sudah berlaku pada waktu dahulu Aina biarkan sahaja.InsyaAllah lama kelamaan mereka pasti letih dan akan berhenti daripada berbuat sedemikian.Dalam masa itu Aina doakan lah juga supaya sahabat-sahabat Aina mendapat taufiq hidayah Ilahi.,”



“Subhanallah kak,Terima kasih kerana menolong Aina.Sekarang baru Aina faham.Sebelum ni Aina silap Aina terlalu fikirkan tentang pandangan manusia yang tidak punya apa-apa kuasa,Aina langsung tak fikirkan betapa besarnya ganjaran yang akan Allah kurniakan sekiranya Aina berubah membuat kebaikan.Aina harap Allah tidak tarik balik hidayah yang hendak diberikan kepada Aina ini”.responsnya.
“InsyaAllah Adikku sayang.Akak akan sentiasa doakan yang terbaik buat Aina.Dan sekiranya Aina ada kekeliruan lagi akak amat mengalu-alukan Aina untuk datang jumpa akak,”pesanku.
“InsyaAllah kak,terima kasih sekali lagi ye akak”,katanya sambil tersenyum puas.Dalam hatinya bersyukur kerana dipertemukan seorang kakak yang baik seperti kak Humaira’ ini.Dia berazam untuk berubah dan kali ini dia tidak akan tertipu lagi dengan hasutan syaitan sebab dia berubah kerana Allah bukan kerana manusia.


p/s : kepada muslimat/muslimin yg tak pernah lelah berdakwah; pegang erat sahabatmu yang memerlukan hadirnya teman untuk memimpin tangannya ke syurga...bittaufiq wannajah..^_^

Sunday 13 May 2012

Bulatan Gembira Kami =)

Seperti biasa setiap minggu kami akan berkumpul dalam satu "Bulatan Gembira"  ataupun lebih dikenali sebagai usrah untuk bersama-sama  melakukan aktiviti bagi merapatkan silaturrahim(ukwah)..Setiap perjumpaan akan diisikan dengan perkara-perkara manfaat seperti tadabbur ayat-ayat Al-Quran,makan bersama-sama dan solat berjemaah..Banyak lagi aktiviti yang kami lakukan dan kadang-kadang kami adakan di luar selain di surau,seperti di tasik-tasik..Salah satu tujuan adalah untuk tadabbur alam ciptaan Allah Maha Kaya disamping mengutuhkan lagi ukhwah antara ahli usrah..^___^


Indahnya hidup dalam suasana tarbiyyah..!!! Especially bile ada naqibah yang sangat comel dan baik..Selalu take care pasal anak-anak usrahnya..Kemudian ada usrahmate yang baik-baik..Terasa ukhwah itu sangat indah..bila naqibah cakap atau mesej je ada usrah,hati dah melonjak-lonjak tak sabar nak jumpa semua orang..tak tahu nak cakap macam mana nak describe nikmatnya dalam "bulatan gembira" nie..rasa tenang bila duduk bersama-sama bercakap tentang Allah dan Rasul..Kisah2 sahabat,isu2 umat islam sekarang..so sweeet...kadang2 rasa bersyukur sangat Allah temukan jalan tarbiyyah ini..kerana hanya orang-orang yang terpilih sahaja yang dapat merasainya.. n__n



Bila semakin hari semakin rapat hubungan antara usrahmate,macam2 lah ragamnya..Kisah kelakar yang menjadi kenangan kami..ingat lagi waktu salah seorang usrahmate kami tersesat jalan..Lama tunggu dia tak sampai-sampai lagi..Rupanya bile kol dia cakap "dah sampai dah..tengah tunggu korang je nie".."Eh tak nampak pun akak?"hmmm jap2 nie kat tasik mne 1 nie?" tasik yang belakang blok FSK tu"La yeke?akak ingatkan tasik depan FF4 nie..hehehehe"
=)

Kemudian bila akhwat bertemu akhwat nie,ade la hal yang nak disembangnya..Dan ada 1 perkara yang paling famous adalah pasal jodoh..Mula lah buka cerita masing2..InshaAllah walau apa pun ciri2 lelaki itu mereka mesti mahu yang sefikrah kan..




Hmmm Indahnya ukhwah itu..semoga aku masih di jalan tarbiyyah ini..Disamping menjalankan dua tujuann hidup yang sebenarnya..InshaAllah..Ameen =)

Monday 19 March 2012

Dear Ukhtiku

    Tatkala merenung kepada sejadah yang saban hari menemani aku tika aku bermunajat kepada Ilahi tidak kira lah siang ataupun malam,tiba-tiba aku teringat akan kata-kata salah seorang junior ku pada petang semalam,----"Akak ni baik lah, dah la cantik, pandai pastu lemah lembut pula...Untung lah sape yang dapat akak nanti dan mak abah akak pun mesti berbangga sebab dapat anak macam akak.." Begitulah kata-katanya..MasyaAllah..Ya Allah jika ini lah yang aku miliki sesungguhnya aku cuma meminjamnya sahaja daripadaMu yang Maha Kaya.Janganlah Ya Allah Engkau lahirkan sifat riak atau takabbur dengan apa yang aku miliki ini..ameen..


Dalam diam hatiku berbisik lagi....
                                                              *****

Wahai adikku yang dikasihi Allah S.W.T...sebenarnya akak bukan lah sebaik yang adik sangka.Sebelum ini akak juga pernah melakukan kemungkaran.Akak juga pernah lalai daripada mengingati Allah yang telah mencipta manusia di muka bumi ini.Akak juga pernah hanyut dalam arus kehangatan seorang remaja.Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya..Tetapi dengan kuasa Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang Allah hijabkan semua dosa-dosa akak.Allah telah pilih akak untuk mendapat taufiq hidayah daripadaNya..Adik,.akak bersyukur sangat kerana dapat merasa saat-saat Allah mengizinkan akak bertaubat dan kembali kepadaNya..Akak tidak dapat bayangkan bagaimana la keadaan akak sekarang ni kalau akak tidak dipilih untuk mendapat taufiqNya.Nauzubillahiminzalik..

(tanpa disedari air mataku mengalir membasahi wajahku dan terus menitis di atas sejadah)

Sebak rasanya..(aku mengangkat tangan lalu terus berdoa kepada Ilahi).Ya Allah ampunkan dosa-dosaku sebelum ini.Hijabkan lah ia baik di bumi mahupun di akhirat nanti..Masukkanlah aku ke dalam syurga Firdaus Mu tanpa dihisab..Ya Allah berikanlah taufiq hidayah kepadaku dan orang yang bersama-samaku..Jadikan aku musabbabil asbab orang lain mendapat hidayahMu.

Entah kenapa malam itu hatiku terasa sayu sangat..Lantas aku memilih untuk terus sambung menunaikan solat-solat sunat,terutamanya solat sunat taubat.Risau juga sekiranya perilaku hari ini membuatkan aku lalai mengingatiNya..Lama juga sejadah berwarna cream ,hadiah ketika aku berada di Kem PLKN Bukit Besar,Kulim menemani aku untuk meluahkan rasa cinta kepada Ilahi..

                                                                ****

Pada keesokkannya aku berjumpa lagi dengan juniorku itu, terserempak di kafe ketika hendak membeli makanan.Memamg sudah menjadi kebisasaan sekiranya aku yang perasan dahulu maka aku lah akan tegur dahulu dan sebaliknya..Tetapi pada hari itu,dia seolah-olah ada sesuatu yang ingin dikongsikan..Entah la,atau pun itu cuma jangkaan aku sahaja atau memang betul..Jadi aku mengajaknya untuk makan bersama..Kebetulan kami memang masing-masing datang berseorangan..Pada mulanya kami masing-masing diam membisu mungkin khusyuk menjamu selera setelah seharian berhempas pulas memerah otak di dalam kelas..kemudian aku memilih untuk memulakan bicara pada hari itu.

"Izzah macam mana hari ni?jasad dan iman sihat?".Sudah menjadi kebiasaan ayat itu la yang aku akan tanya dahulu walaupun ada perkara lain yang aku hendak tanya..

"Alhamdulillah akak,izzah sihat sahaja..kakak pula?"Ringkas jawabnya tetapi jauh di sudut hatinya dia berfikir.Iman?Sihatkah iman aku?Entah la aku pun tidak pasti.Izzah seorang pelajar Tahun  1 jurusan akauntan.Kulitnya sawa matang jelas menampakkan dia melayu tulen yang tidak ada campuran keturunan.Mak dan abahnya kedua-dua orang Kedah..Kiranya dia anak jati Kedah kerana dia lahir dan dibesarkan di sana.

"Alhamdulillah baguslah,akak pun sama dik..Allah Maha Besar kan dik,baru semalam akak terfikir pasal Izzah tiba hari ini akak dapat berjumpa dengan Izzah,sempat makan sekali pulak tu..Seronoknya kan.."balas aku sambil tersenyum.Teringat kata-kata naqibah, "Nak ajak orang kembali mengamalkan ajaran Islam sangatlah susah malah kadang-kadang kita diuji dengan banyak dugaan."Aku mencari masa yang sesuai untuk mencari peluang mengajak Izzah bertudung.Kata naqibah lagi,"nak ajak orang buat makruf nie kita mula-mula kena lah pandai mengambil hatinya dahulu,macam pikat hatinya lah.So,dia senang dengan kita jikalau ada nak berkongsi masalah dia akan cari kita.Macam tu lah baru kita boleh hendak tariknya sikit demi sedikit.InsyaAllah."

Dalam hati aku terfikir bagaimana hendak mulakan bicara untuk mengajaknya menutup aurat mengikut syariat yang sebenarnya.Ya Allah Engkau kurniakan lah kekuatan kepadaku dan Engkau kurniakan jua kelembutan hati kepada Izzah untuk berubah.Engkau lah sebaik-baik Perancang dan Maha Pengampun dosa-dosa besar.Berilah peluang kepadanya untuk bertaubat seperti mana Engkau memberinya kepadaku sewaktu dahulu.

"Hmm Izzah,akak tengok Izzah nie cantik lah.Dengan kulit sawa matangnya,bulu mata pun lentik."aku memujinya sebagai langkah pertama.

"Alhamdulillah kak,semua tu biasa aje,berbanding dengan akak,akak lagi cantik."balasnya sambil mengenyit mata kepadaku.Aku tersenyum.Rupanya Izzah nie seorang yang mudah menyesuaikan diri dengan orang.

"Yela tu,kite puji dia,alih-alih dia puji kite pulak.Malu la tu kan?.,hehehe,tapi kan Izzah lagi bertambah anggun dan cantik jelita kalau Izzah pakai tudung.Izzah tak nak cuba?"aku mencuba langkah seterusnya namun dengan lemah lembut supaya tidak terguris hatinya.Izzah cuma tersenyum bila aku kata begitu namun jauh di sudut hatinya masih terngiang-ngiang kata-kata aku itu.

Setelah selesai makan aku memohon untuk pulang kerana petang itu aku ada mesyuarat dengan ahli bait.Sebelum pergi aku bersalam dengannya dan mencium pipinya sambil berbisik pada telinganya,"kakak sayang Izzah tau,kalau Izzah ada apa-apa yang mahu kongsi Izzah bagitau je akak k."Aku dan dia berlalu pergi

                                                                              *******
Malam itu,Izzah tidak dapat tidur walaupun jarum jam sudah pun menunjukkan pukul 1 pagi.Ada sesuatu yang menganggu fikirannya.Dia teringat kata-kata kak Mumtazah,tentang menutup aurat.Dia sebenarnya tidak tahu pun apa yang dimaksudkan dengan aurat.Ya dahulu dia pernah belajar di sekolah namun ia hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri.Entah kenapa semalam dia terasa ada sesuatu yang megacau fikirannya setelah berjumpa dengan kak Mumtazah semalam.Dalam hatinya ada perasaan ingin tahu,namun ada satu bisikan berbisik di hatinya.
"Alah tak perlulah fikir buat pening aja,bukankah cantik aku tak bertudung,walaupun aku tak bertudung aku tak seseksi macam kawan-kawan aku yang lain.Biarlah,lebih baik aku tidur."

                                                                                *****
Seperti biasa pagi itu aku bangun qiamulail bertemankan sejadah yang tersayang.Aku terus melakukan solat-solat sunat.Selepas itu aku membaca Al-Quran.Tiba-tiba air mataku mengalir basah di pipiku apabila aku membaca terjemahan ayat 23 surah az-Zumar.

Firman Allah, “...Gementar kerananya kulit orang yang takut kepada tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingati Allah. Itulah petunjuk daripada Allah yang ditunjukinya sesiapa yang dia kehendaki. Barangsiapa yang disesatkan Allah maka tidak ada baginya petunjuk,” 

"Ya Allah,aku bersyukur kerana Engkau memilihku untuk memberi hidayah-Mu.Namun Ya Allah Engkau jadikan lah aku asbab orang lain mendapat hidayahMu.Ya Allah kasihanilah Izzah,Engkau bukakan lah pintu hatinya untuk bertaubat dan kembali ke jalan Mu Ya Allah.Aku redha sekiranya aku yang Engkau pilih untuk memberinya hidayah sekalipun ia diganti dengan nyawaku,aku redha ya Allah.Perkenankan lah doa hambamu ini ya Allah,kurniakanlah kefahaman Islam dalam dirinya."Ameen..

Entah mengapa hatiku berasa sangatlah tenang.Tenang seperti berada dalam suasana yang sunyi namun dipenuhi dengan haruman yang sangat wangi.Hatiku terasa tenang.Darahku juga mengalir dengan tenang.Ya Allah sungguh besar nikmatMu kepadaku.Ampunkanlah dosaku,hijabkanlah ia di dunia dan di akhirat.Aku teringat akan Izzah,wajahnya membuatku terasa ada tangunggjawab yang perlu aku selesaikan.Lantas aku menulis sajak buatnya.Sudah lama aku hendak lakukan namun masa tidak mengizinkan.Selama 30 minit aku menghasilkan sajak untuk Izzah.

                                                                              ******
Esoknya....

Pagi itu aku diam sahaja tidak seperti biasa,selalunya aku seorang yang periang.Entahlah dalam fikiranku cuma teringatkan Izzah.Aku tidak sabar hendak memberikan padanya sajak itu.Aku harap bila sajak aku ini memberi satu kesan buat dirinya.Ameen.Aku terus bersalam dengan rakan serumahku.Aku memohon ampun dan maaf dunia akhirat.Memang itu yang selalu aku lakukan setiap pagi sebelum ke kuliah.Namun aku tidak tahu kenapa hatiku terasa sangat tenang.Tiba hatiku terdetik mungkin hari ini hari terakhir buat diriku kerana aku tidak pernah rasa setenang ini.Ya Allah sekiranya ajal aku pada hari ini aku redha dan aku mohon kepadaMu permudahkan lah aku untuk menghadapi sakaratul maut.

(Air mataku mengalir ke pipi tanpa disedari)

Selepas sahaja keluar daripada rumah aku menuju ke tempat menunggu bas sambil menaip mesej buat Izzah..

``````````````````````````````````````````````````````````````````````
Assalamualaikum Izzah,
Akak nak jumpa Izzah sekejap sebelum masuk kelas.
Boleh kan?Di hadapan fakulti Izzah.Akak tunggu di situ k.
Ada suprise untuk Izzah nie..=)
Kak Mumtazah
````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````
``````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````
Waalaikumussalam akak.ok2 insyaAllah..
kita jumpa di hadapan fakulti ya sekejap lagi sebelum masuk kuliah
=)
Izzah
````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````

Aku berzikir ketika dalam bas..Teringat kat-kata naqibahku.."Tidak kira di mana kita berada lembutkan lah lidah kita untuk menyebut nama Allah.Basahkan dengan kata-kata zikrullah.kerana ajal kita tidak tahu bila.Jadi sekiranya kita berzikir selalu,mana tau kita mati dalam keadaan berzikir ataupun lagi indah dalam keadaan kita menyebut perkataan "la ila ha illallah"..kan seronok? hmm InsyaAllah..ameen"Aku terus mengagungkan kalimah tauhid itu.Sehingga lah bas berhenti..Aku nampak Izzah daripada jauh melambai-lambai kepadaku di seberang jalan sana.Aku terus melangkah turun daripada bas dan melintas..Saat aku melintas..tiba-tiba....(dummmm)~bunyi yang kuat kedengaran..Penglihatan aku menjadi gelap..Selepas itu aku tidak sedar.Wajah-wajah orang yang tersayang muncul dalam kepalaku..Aku cuba memanggil Izzah,namun tidak mampu..

"Kak mumtazah!!Astaghfirullah..kak jangan tinggalkan Izzah kak.Sabar kak..Tabahkan hati ya.."Izzah menangis semahu-mahunya..Tidak sampai beberapa minit Kak Mumtazah di masukkan ke wad ICU.Parah lukanya..Izzah hanya mampu menangis.Semua orang sudah pun tiba di hospital waktu itu..

                                                     **********
Sambil menunggu Kak Mumtazah diluar wad,Izzah membaca sajak yang dibuat khas untuknya..kerana sajak itu jugak lah kak mumtazah terlibat dalam kemalangan..Izzah membaca sambil menangis..

                Duhai Izzah,
                Barang siapa yang dibukakan baginya pintu kebaikan,
                Maka manfaatkanlah sebaiknya,
                Kerana kita tidak mengetahui bilakah pintu kebaikan itu akan tertutup,
                Duhai Izzahku sayang,
                Maafkan akak kerana akak tidak berjaya mendidik Izzah sepenuhnya,
                Sehingga akak dipanggil pergi.Akak hanya insan biasa 
                Yang lemah tidak berdaya.Akak telah sedaya upaya memberikan
                Apa yang akak termampu buat bekalan Izzah sepanjang perjalanan
                 yang masih jauh ini,
                Maafkan akak di atas segala ketelanjuran dan kesilapan akak,
                Seseungguhnya akak amat mengasihi Izzah,
                Jadilah Izzah sekuntum wardah sufi yang mekar dalam taman agamanya,
                Yang subur dengan siraman keimanan
                 yang tumbuh dengan baja ketaqwaan serta kekal dalam taman kasih tuhanNya
              

"MasyaAllah akak,begitu besar pengorbananmu padaku,padahal aku buat tidak peduli sahaja sebelum ini,maafkan Izzah kak..Izzah janji Izzah akan berubah kak..Kak,........Tolonglah jangan tinggalkan Izzah..Izzah masih perlukan akak." Aku terus menangis..tiba-tiba kawan baik kak mumtazah datang dan terus memelukku. sambil berbisik di telingaku..
"ini surat daripada kakakmu,surat terakhir buatmu adik yang disayangi,Izzah kena sabar ok..Allah lebih sayangkan Kak mumtazah.Dia sudah pun pergi meninggalkan kita.Kita doakan buat arwah ok.."Aku rebah apabila mendengarnya..Ya Allah engkau rahmati lah kak Mumtazah..sesungguhnya dia seorang yang baik dan berhati mulia..Masukkanlah dia di kalangan orang yang bertaqwa..Ameen..Aku membuka surat tersebut..

              Akak harap nyawa akak ini dapat diganti dengan perubahan Izzah kepadaNya.
             Semoga istiqomah ya.
             Sesungguhnya waktu akak sudah sampai.Akak sentiasa berharap Izzah tetap tsabat,
             dalam jalan yang diwariskan rasulullah ini,
             Peganglah kitab Allah dan sunnah RasulNya semoga Izzah berjaya di dunia dan akhirat
             Dan semoga kita dapat bertemu lagi didalam jagaan Allah yang Maha Penyayang
             Salam sayang Izzah yang dikasihi..
                 
"Subhanllah,ya Allah aku ingin menjadi saksi atas kebaikan dan pengorbanan arwah kak mumtazah..Aku ingin berubah ya Allah..Tolonglah hambaMu ini.."


                





Thursday 15 March 2012

Pemuda Islam yang dirindui wanita solehah akhir zaman

Di sini saya nak share rekaan cerita saya di sore hari..Cerita nie lebih kepada pemuda-pemuda islam yang sangat dirindui oleh para wanita solehah..tapi wanita-wanita sekalian pun boleh baca jugak..insyaAllah ada sharing sedikit, walaupun mungkin tak sependapat dengan orang lain namun ini sekadar cerita rekaan saya berdasarkan pendapat saya sahaja..Mana-mana yang tidak sependapat tu saya mohon maaf ye..:-)
Ok jom, Ceritanya bermula dengan seorang kakak tanya pada adiknya satu soalan cepu mas, hehe..

Sementara tunggu asar, syasya bercadang hendak berbual dengan adik lelakinya, asyraf. Lalu, dia pun pergi mengetuk pintu bilik adikknya itu. Lalu kendengaran suara garau dari dalam " Masuklah, pintu tak berkunci".

"Oh, kak sya. awat kak?." Asyraf bertanya pada kakaknya.
 
"Eh,tak da pa pun, saja kak nak sembang dengan hang. Sementara kak dok cuti ni kan, bila lagi kak nak sembang ngan adik laki kak sorang nie..hehe..awat tak leh ka?" 

"Dok aih, boleh ja kak, pasai pa tak buleh pulak." jawab adiknya.
 
"Hang dok buat apa ni?" Tanya syasya.

"Saja dok online facebook sat kak, sementara tunggu asar, Acap kesian lah tengok sedara-sedara kita kat bumi palestin dan syria, Allah bagi ujian kat depa, kita  ni kat sini banyak yang leka dek kesenangan dunia." Asyraf mengeluh. 

Aku mengangguk setuju. 

"Eh Acap, bila hang masuk kolej?kak lupa dah." aku sambung.

"Minggu depan kak,awat?" balas Asyraf pendek.

"Saja lah tanya, Ni kak nak tanya sikit buleh dak?" Nadaku lembut.

"Tanya lah kak sya, jangan tanya benda-benda yang Asyraf tak buleh jawab sudah..hehe," jawabnya sambil ketawa sinis.

Syasya pun bertanya "hang ada minat kat sapa-sapa dak kat sekolah hang dulu? Kak tanya sebab hang kan dah umur 19..remaja sekarang kan mudah hanyut dengan cinta..kecil-kecil budak sekolah rendah pun dah pandai bercintan cintun.Tak kan hang tak dak minat kat sapa-sapa kut?" Usik Syasya

Asyraf jawab, ."ada!"..dengan nada selambanya sambil tersenyum sinis.

huh~nk melatah jugak bila dengar tu..hehehe tapi Syasya diam dulu sebab adiknya seakan mahu sambung lagi...

"tapi,dia tu perempuan yang baik,dia bukan jenis yang kapel-kapel nie kak",

"Hmm ok, jadinya? balas Syasya pendek seakan tidak puas hati apabila adiknya berkata begitu.  

Memang aku pernah dengar cerita pasal perempuan tu,  yang aku tahu perempuan tu budak kelas dia...Syasya bermonolog sendiri

"hmm tapi Acap tak mau ganggu dia walaupun dalam hati Acap suka kat dia, Acap nak blaja betui-betui dulu..klu ada jodoh insyaAllah ada la tu. Betui dak kak?"





Syasya jawab," betul.betul.betul. Kak setuju dengan hang". Tiba-tiba suara azan berkumandang menunjukkan waktu asar sudah pun masuk. Asyraf mengajak kakaknya solat. " Jom kak, kita solat dulu, solat di awal waktu kan lebih baik. Acap nak pergi masjid ni solat berjemaah. "


"Ok2 jom!" Syasya melangkah keluar dari bilik adiknya sambil mengelamun sendirian. Dalam hatinya , 

"SubhanAllah alhamdulillah Engkau beri kefahaman kepada adikku.Bukan apa,klu kita lihat kan syg pemuda-pemuda pejuang Allah sekarang sangatlah mudah tersungkur jikalau berhadapan dengan cinta..nak tau kenapa??memang lah perempuan yang dia minat tu menjaga agamanya,klu di tegur jangan buat macam tu mesti dia balas, biarlah, dia perempuan baik bukan macam yang lain..kalau aku tak dekati dia nanti jatuh ke tangan orang lain pulak..rugi-rugi..ada plak macam tu kan..memang cinta itu buta lah..sampaikan ilmu yang dia pelajari selama nie pun kalah dengan cinta..ish3..mintak sangat-sangat wahai pemuda-pemuda Islam yang dirahmati Allah..jangan dekatinya tapi dekati walinya..Hormatilah dia sebagai insan yang menjaga maruah agamanya. Halalkan hubungan dengan nikah..cara untuk mendekati hati wanita solehah itu sangatlah tidak kena sekiranya minta berkawan dahulu sehingga rasa duit cukup baru nak kawin..sebab apa??sebab wanita yang kamu minati itu bukan calang-calang wanita, dia wanita solehah yang mnjaga agamanya...InsyaAllah dia sudah berusaha istikharah sebelum membuat keputusan..Andai ditolak yakin lah bahawa Allah telah menyediakan seorang yang terbaik buat kamu. Yang penting kamu kena perbaiki peribadi kamu sebab ciri-ciri peribadi yang kamu impikan ada pada jodoh kamu itu perlu ada pada kamu sendiri dahulu!!!...betul kan..ha masih belum terlambat..gunakan lah ilmu yang ada pada diri sebaik-baiknya..Allahu'alam"

 Tiba-tiba" Kak lang Sya, buat apa tu dalam bilik air lama-lama? Ummi nak masuk pulak ni, Nanti lambat pulak nak solat Asar." terdengar jeritan suara Ummi Syasya dari luar. 

Hehe, berangan pulak aku. "Ya ummi, Syasya dah siap ni, mintak maaf ummi." Balasku dengan nada bersalah.


Thursday 5 January 2012

Salam Perkenalan~

Kelihatan angin meniup sayu memenuhi segenap ruang di dalam bilik..Seakan-akan memahami akan kehangatan yang dirasai oleh penghuni-penghuni blog asrama Rafflesia 4.Tika waktu petang sebeginilah setiap pelajar mengisi masa dengan melakukan aktiviti mereka masing-masing..Ada yang tidur, lena diulik belaian lembut angin yang menerjah masuk melalui jendela bilik, dan ada pula yang menelaah dan mengulangkaji pelajaran dan ada pula yang kelihatan baru pulang daripada kafe.Baru lepas membeli makanan agaknya..dan ana pula mengambil waktu terluang ini seketika untuk menulis blog.Terfikir juga apa ya yang ingin ditulis?hmmm......>_<

Sebenarnya naluri hati teringin hendak memperkenalkan diri pada anda semua dari dulu lagi..tetapi baru sekarang ana mempunyai kesempatan untuk melakukannya..Biasalah kita sebagai hamba yang tidak punya apa-apa, sememangnya hanya mampu merancang namun pengakhirannya adalah ditentukan oleh Allah yang Maha Esa juga..Syukur Alhamdulillah ana dapat juga menulis kali ini..

Assalamualaikum warahmatullah...Nama yang diberi tidak lah sehebat nama-nama yang pernah didengari pada zaman Nabi dahulu seperti Siti 'Aishah,Siti Khadijah,Ummu Habibah,Sumaiyyah,Halimatun Saadiah dan banyak lagi.. tetapi walaupun begitu ana bersyukur sangat  kerana nama itu cukup memberi satu kenangan yang sangat tidak dapat dilupai.Kenakalan rakan-rakan mengusik nama ana masih lagi jelas dalam ingatan ana..Sangatlah kelakar,pada mulanya ana terasa hati juga namun ana tidak pernah memarahi malah ana sukakannya kerana kadang-kadang terhibur juga bila mereka berbuat begitu.Mungkin buat masa ini ana tidak memberitahu nama penuh ana..Cukup lah sekadar dengan panggilan "nur"..Tidak mengapa kan??hehehe n_n...

Ok next, hmm InsyaAllah umur ana pada tahun ini genap 20 tahun..Terasa begitu pantas masa berlalu, kadang-kadang seakan tidak percaya yang sudah pun menjangkau umur 20(hehehe dah tue ghupenyer)..Sudah besarkah ana??hmm Sudah cukupkah amalan ana untuk menghadapi kematian yang tidak tahu akan bila saatnya tiba.?Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui..

Ana dilahirkan pada tanggal 31 MEI 1992 pada pukul 2.00 pagi di rumah datuk ana iaitu di Kampung Teluk Mas,Selama Perak...Terima kasih mak kerana berkorban nyawa untuk melahirkan anakmu ini,ana tau mak sudah banyak berkorban sejak dari kecil sampai la sekarang ni.Jazakillah khoir ya ummi..Ana merupakan anak yang ke-3 daripada 5 orang adik beradik..Ada dua orang kakak dan dua orang adik.Alhamdulillah kakak yang ke-2 sudah pun berkahwin ketika umurnya 18 tahun,muda kan ??itulah yang dinamakan jodoh..heee~=)Dia merupakan salah seorang yang mengikut jejak mak kahwin pada usia muda.(umur 19tahun)..

Tentang pendidikan ana,sekolah rendah ana ada banyak,tidak silap empat buah sekolah..Sek Keb Sungai Siputeh di Selama Perak(Darjah 1), Sek Keb Alma Jaya di Bukit Mertajam(Darjah 1-2),Sek Keb Permatang Pasir,Permatang Pauh,P.P(Darjah 2-4),Sek Keb Bandar Baru Beris Jaya di Sik Kedah(Darjah 5),.ha darjah 6 pula kat mana??hehehe,Ana pada waktu itu sudah pun berpindah kembali pada sek yang dulu,Sek Keb Sungai Siputeh..Banyak kan..??Kenangan dan pengalaman yg ana dapat pun banyak..Ana berpindah-randah sebab ayah ana kontraktor..kena ikut ayah..huhuhu..Kemudian ana menyambung pelajaran peringkat menengah di Sek Men Keb Sungai Bayor di Selama Perak sehingga tingkatan 3 dan menyambung upper form di BAINUN, IPOH..Seterusnya ana melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Hayat di Kolej Matrikulasi Selangor selama setahun,dan Alhamdulillah berkat pertolongan Allah ana dapat melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Kepujian Farmasi sehinggalah sekarang...InsyaAllah....

Ana bukan lah seorang yang bersekolah agama,cuma pernah ambil bahasa Arab Komunikasi masa tingkatan 3 sahaja dan sedikit ilmu tentang Qiraat,Tarannum,Hafazan dll,dan Alhamdulillah dapat score mumtaz..Ana bercita-cita nk sambung Arab Tinggi,namun tidak berkesempatan,takdir Allah menentukan masa tu ana tidak sempat hendak menghantar form SMKA..Tetapi tidak mengapa, ana rasa bersyukur juga kerana dapat sek BAINUN, kat situ ana belajar hidup berdikari..kehidupan asrama mengajar ana bagaimana mahu hidup tanpa ada family di sisi. 

Walaupun ana sekarang sudah sampai ke tahap ijazah sarjana muda dalam bidang farmasi namun hati ana masih lagi teringin untuk mempelajari ilmu-ilmu agama.Alhamdulillah adik ana sekarang yang nombor 4 sudah pun masuk ke sekolah Pondok di Parit Panjang. Ana berhasrat nak sambung belajar dalam ilmu agama nanti.Ana masih ingat lagi kenangan masa lower form dahulu.Seronok sangat dapat belajar Taranum,Qiraat, Hafazan, Sirah...Hmmmm bestnya..

sebelum akhiri,ana nak bagitau sekarang ana merupakan student Degree in Pharmacy di UiTM Puncak Alam..InsyaAllah sampai tahun 2015 nie..=)ameen..doakan ana semoga selamat menghabiskan peljaran di sini...^___^