Monday 19 March 2012

Dear Ukhtiku

    Tatkala merenung kepada sejadah yang saban hari menemani aku tika aku bermunajat kepada Ilahi tidak kira lah siang ataupun malam,tiba-tiba aku teringat akan kata-kata salah seorang junior ku pada petang semalam,----"Akak ni baik lah, dah la cantik, pandai pastu lemah lembut pula...Untung lah sape yang dapat akak nanti dan mak abah akak pun mesti berbangga sebab dapat anak macam akak.." Begitulah kata-katanya..MasyaAllah..Ya Allah jika ini lah yang aku miliki sesungguhnya aku cuma meminjamnya sahaja daripadaMu yang Maha Kaya.Janganlah Ya Allah Engkau lahirkan sifat riak atau takabbur dengan apa yang aku miliki ini..ameen..


Dalam diam hatiku berbisik lagi....
                                                              *****

Wahai adikku yang dikasihi Allah S.W.T...sebenarnya akak bukan lah sebaik yang adik sangka.Sebelum ini akak juga pernah melakukan kemungkaran.Akak juga pernah lalai daripada mengingati Allah yang telah mencipta manusia di muka bumi ini.Akak juga pernah hanyut dalam arus kehangatan seorang remaja.Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya..Tetapi dengan kuasa Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang Allah hijabkan semua dosa-dosa akak.Allah telah pilih akak untuk mendapat taufiq hidayah daripadaNya..Adik,.akak bersyukur sangat kerana dapat merasa saat-saat Allah mengizinkan akak bertaubat dan kembali kepadaNya..Akak tidak dapat bayangkan bagaimana la keadaan akak sekarang ni kalau akak tidak dipilih untuk mendapat taufiqNya.Nauzubillahiminzalik..

(tanpa disedari air mataku mengalir membasahi wajahku dan terus menitis di atas sejadah)

Sebak rasanya..(aku mengangkat tangan lalu terus berdoa kepada Ilahi).Ya Allah ampunkan dosa-dosaku sebelum ini.Hijabkan lah ia baik di bumi mahupun di akhirat nanti..Masukkanlah aku ke dalam syurga Firdaus Mu tanpa dihisab..Ya Allah berikanlah taufiq hidayah kepadaku dan orang yang bersama-samaku..Jadikan aku musabbabil asbab orang lain mendapat hidayahMu.

Entah kenapa malam itu hatiku terasa sayu sangat..Lantas aku memilih untuk terus sambung menunaikan solat-solat sunat,terutamanya solat sunat taubat.Risau juga sekiranya perilaku hari ini membuatkan aku lalai mengingatiNya..Lama juga sejadah berwarna cream ,hadiah ketika aku berada di Kem PLKN Bukit Besar,Kulim menemani aku untuk meluahkan rasa cinta kepada Ilahi..

                                                                ****

Pada keesokkannya aku berjumpa lagi dengan juniorku itu, terserempak di kafe ketika hendak membeli makanan.Memamg sudah menjadi kebisasaan sekiranya aku yang perasan dahulu maka aku lah akan tegur dahulu dan sebaliknya..Tetapi pada hari itu,dia seolah-olah ada sesuatu yang ingin dikongsikan..Entah la,atau pun itu cuma jangkaan aku sahaja atau memang betul..Jadi aku mengajaknya untuk makan bersama..Kebetulan kami memang masing-masing datang berseorangan..Pada mulanya kami masing-masing diam membisu mungkin khusyuk menjamu selera setelah seharian berhempas pulas memerah otak di dalam kelas..kemudian aku memilih untuk memulakan bicara pada hari itu.

"Izzah macam mana hari ni?jasad dan iman sihat?".Sudah menjadi kebiasaan ayat itu la yang aku akan tanya dahulu walaupun ada perkara lain yang aku hendak tanya..

"Alhamdulillah akak,izzah sihat sahaja..kakak pula?"Ringkas jawabnya tetapi jauh di sudut hatinya dia berfikir.Iman?Sihatkah iman aku?Entah la aku pun tidak pasti.Izzah seorang pelajar Tahun  1 jurusan akauntan.Kulitnya sawa matang jelas menampakkan dia melayu tulen yang tidak ada campuran keturunan.Mak dan abahnya kedua-dua orang Kedah..Kiranya dia anak jati Kedah kerana dia lahir dan dibesarkan di sana.

"Alhamdulillah baguslah,akak pun sama dik..Allah Maha Besar kan dik,baru semalam akak terfikir pasal Izzah tiba hari ini akak dapat berjumpa dengan Izzah,sempat makan sekali pulak tu..Seronoknya kan.."balas aku sambil tersenyum.Teringat kata-kata naqibah, "Nak ajak orang kembali mengamalkan ajaran Islam sangatlah susah malah kadang-kadang kita diuji dengan banyak dugaan."Aku mencari masa yang sesuai untuk mencari peluang mengajak Izzah bertudung.Kata naqibah lagi,"nak ajak orang buat makruf nie kita mula-mula kena lah pandai mengambil hatinya dahulu,macam pikat hatinya lah.So,dia senang dengan kita jikalau ada nak berkongsi masalah dia akan cari kita.Macam tu lah baru kita boleh hendak tariknya sikit demi sedikit.InsyaAllah."

Dalam hati aku terfikir bagaimana hendak mulakan bicara untuk mengajaknya menutup aurat mengikut syariat yang sebenarnya.Ya Allah Engkau kurniakan lah kekuatan kepadaku dan Engkau kurniakan jua kelembutan hati kepada Izzah untuk berubah.Engkau lah sebaik-baik Perancang dan Maha Pengampun dosa-dosa besar.Berilah peluang kepadanya untuk bertaubat seperti mana Engkau memberinya kepadaku sewaktu dahulu.

"Hmm Izzah,akak tengok Izzah nie cantik lah.Dengan kulit sawa matangnya,bulu mata pun lentik."aku memujinya sebagai langkah pertama.

"Alhamdulillah kak,semua tu biasa aje,berbanding dengan akak,akak lagi cantik."balasnya sambil mengenyit mata kepadaku.Aku tersenyum.Rupanya Izzah nie seorang yang mudah menyesuaikan diri dengan orang.

"Yela tu,kite puji dia,alih-alih dia puji kite pulak.Malu la tu kan?.,hehehe,tapi kan Izzah lagi bertambah anggun dan cantik jelita kalau Izzah pakai tudung.Izzah tak nak cuba?"aku mencuba langkah seterusnya namun dengan lemah lembut supaya tidak terguris hatinya.Izzah cuma tersenyum bila aku kata begitu namun jauh di sudut hatinya masih terngiang-ngiang kata-kata aku itu.

Setelah selesai makan aku memohon untuk pulang kerana petang itu aku ada mesyuarat dengan ahli bait.Sebelum pergi aku bersalam dengannya dan mencium pipinya sambil berbisik pada telinganya,"kakak sayang Izzah tau,kalau Izzah ada apa-apa yang mahu kongsi Izzah bagitau je akak k."Aku dan dia berlalu pergi

                                                                              *******
Malam itu,Izzah tidak dapat tidur walaupun jarum jam sudah pun menunjukkan pukul 1 pagi.Ada sesuatu yang menganggu fikirannya.Dia teringat kata-kata kak Mumtazah,tentang menutup aurat.Dia sebenarnya tidak tahu pun apa yang dimaksudkan dengan aurat.Ya dahulu dia pernah belajar di sekolah namun ia hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri.Entah kenapa semalam dia terasa ada sesuatu yang megacau fikirannya setelah berjumpa dengan kak Mumtazah semalam.Dalam hatinya ada perasaan ingin tahu,namun ada satu bisikan berbisik di hatinya.
"Alah tak perlulah fikir buat pening aja,bukankah cantik aku tak bertudung,walaupun aku tak bertudung aku tak seseksi macam kawan-kawan aku yang lain.Biarlah,lebih baik aku tidur."

                                                                                *****
Seperti biasa pagi itu aku bangun qiamulail bertemankan sejadah yang tersayang.Aku terus melakukan solat-solat sunat.Selepas itu aku membaca Al-Quran.Tiba-tiba air mataku mengalir basah di pipiku apabila aku membaca terjemahan ayat 23 surah az-Zumar.

Firman Allah, “...Gementar kerananya kulit orang yang takut kepada tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingati Allah. Itulah petunjuk daripada Allah yang ditunjukinya sesiapa yang dia kehendaki. Barangsiapa yang disesatkan Allah maka tidak ada baginya petunjuk,” 

"Ya Allah,aku bersyukur kerana Engkau memilihku untuk memberi hidayah-Mu.Namun Ya Allah Engkau jadikan lah aku asbab orang lain mendapat hidayahMu.Ya Allah kasihanilah Izzah,Engkau bukakan lah pintu hatinya untuk bertaubat dan kembali ke jalan Mu Ya Allah.Aku redha sekiranya aku yang Engkau pilih untuk memberinya hidayah sekalipun ia diganti dengan nyawaku,aku redha ya Allah.Perkenankan lah doa hambamu ini ya Allah,kurniakanlah kefahaman Islam dalam dirinya."Ameen..

Entah mengapa hatiku berasa sangatlah tenang.Tenang seperti berada dalam suasana yang sunyi namun dipenuhi dengan haruman yang sangat wangi.Hatiku terasa tenang.Darahku juga mengalir dengan tenang.Ya Allah sungguh besar nikmatMu kepadaku.Ampunkanlah dosaku,hijabkanlah ia di dunia dan di akhirat.Aku teringat akan Izzah,wajahnya membuatku terasa ada tangunggjawab yang perlu aku selesaikan.Lantas aku menulis sajak buatnya.Sudah lama aku hendak lakukan namun masa tidak mengizinkan.Selama 30 minit aku menghasilkan sajak untuk Izzah.

                                                                              ******
Esoknya....

Pagi itu aku diam sahaja tidak seperti biasa,selalunya aku seorang yang periang.Entahlah dalam fikiranku cuma teringatkan Izzah.Aku tidak sabar hendak memberikan padanya sajak itu.Aku harap bila sajak aku ini memberi satu kesan buat dirinya.Ameen.Aku terus bersalam dengan rakan serumahku.Aku memohon ampun dan maaf dunia akhirat.Memang itu yang selalu aku lakukan setiap pagi sebelum ke kuliah.Namun aku tidak tahu kenapa hatiku terasa sangat tenang.Tiba hatiku terdetik mungkin hari ini hari terakhir buat diriku kerana aku tidak pernah rasa setenang ini.Ya Allah sekiranya ajal aku pada hari ini aku redha dan aku mohon kepadaMu permudahkan lah aku untuk menghadapi sakaratul maut.

(Air mataku mengalir ke pipi tanpa disedari)

Selepas sahaja keluar daripada rumah aku menuju ke tempat menunggu bas sambil menaip mesej buat Izzah..

``````````````````````````````````````````````````````````````````````
Assalamualaikum Izzah,
Akak nak jumpa Izzah sekejap sebelum masuk kelas.
Boleh kan?Di hadapan fakulti Izzah.Akak tunggu di situ k.
Ada suprise untuk Izzah nie..=)
Kak Mumtazah
````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````
``````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````
Waalaikumussalam akak.ok2 insyaAllah..
kita jumpa di hadapan fakulti ya sekejap lagi sebelum masuk kuliah
=)
Izzah
````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````

Aku berzikir ketika dalam bas..Teringat kat-kata naqibahku.."Tidak kira di mana kita berada lembutkan lah lidah kita untuk menyebut nama Allah.Basahkan dengan kata-kata zikrullah.kerana ajal kita tidak tahu bila.Jadi sekiranya kita berzikir selalu,mana tau kita mati dalam keadaan berzikir ataupun lagi indah dalam keadaan kita menyebut perkataan "la ila ha illallah"..kan seronok? hmm InsyaAllah..ameen"Aku terus mengagungkan kalimah tauhid itu.Sehingga lah bas berhenti..Aku nampak Izzah daripada jauh melambai-lambai kepadaku di seberang jalan sana.Aku terus melangkah turun daripada bas dan melintas..Saat aku melintas..tiba-tiba....(dummmm)~bunyi yang kuat kedengaran..Penglihatan aku menjadi gelap..Selepas itu aku tidak sedar.Wajah-wajah orang yang tersayang muncul dalam kepalaku..Aku cuba memanggil Izzah,namun tidak mampu..

"Kak mumtazah!!Astaghfirullah..kak jangan tinggalkan Izzah kak.Sabar kak..Tabahkan hati ya.."Izzah menangis semahu-mahunya..Tidak sampai beberapa minit Kak Mumtazah di masukkan ke wad ICU.Parah lukanya..Izzah hanya mampu menangis.Semua orang sudah pun tiba di hospital waktu itu..

                                                     **********
Sambil menunggu Kak Mumtazah diluar wad,Izzah membaca sajak yang dibuat khas untuknya..kerana sajak itu jugak lah kak mumtazah terlibat dalam kemalangan..Izzah membaca sambil menangis..

                Duhai Izzah,
                Barang siapa yang dibukakan baginya pintu kebaikan,
                Maka manfaatkanlah sebaiknya,
                Kerana kita tidak mengetahui bilakah pintu kebaikan itu akan tertutup,
                Duhai Izzahku sayang,
                Maafkan akak kerana akak tidak berjaya mendidik Izzah sepenuhnya,
                Sehingga akak dipanggil pergi.Akak hanya insan biasa 
                Yang lemah tidak berdaya.Akak telah sedaya upaya memberikan
                Apa yang akak termampu buat bekalan Izzah sepanjang perjalanan
                 yang masih jauh ini,
                Maafkan akak di atas segala ketelanjuran dan kesilapan akak,
                Seseungguhnya akak amat mengasihi Izzah,
                Jadilah Izzah sekuntum wardah sufi yang mekar dalam taman agamanya,
                Yang subur dengan siraman keimanan
                 yang tumbuh dengan baja ketaqwaan serta kekal dalam taman kasih tuhanNya
              

"MasyaAllah akak,begitu besar pengorbananmu padaku,padahal aku buat tidak peduli sahaja sebelum ini,maafkan Izzah kak..Izzah janji Izzah akan berubah kak..Kak,........Tolonglah jangan tinggalkan Izzah..Izzah masih perlukan akak." Aku terus menangis..tiba-tiba kawan baik kak mumtazah datang dan terus memelukku. sambil berbisik di telingaku..
"ini surat daripada kakakmu,surat terakhir buatmu adik yang disayangi,Izzah kena sabar ok..Allah lebih sayangkan Kak mumtazah.Dia sudah pun pergi meninggalkan kita.Kita doakan buat arwah ok.."Aku rebah apabila mendengarnya..Ya Allah engkau rahmati lah kak Mumtazah..sesungguhnya dia seorang yang baik dan berhati mulia..Masukkanlah dia di kalangan orang yang bertaqwa..Ameen..Aku membuka surat tersebut..

              Akak harap nyawa akak ini dapat diganti dengan perubahan Izzah kepadaNya.
             Semoga istiqomah ya.
             Sesungguhnya waktu akak sudah sampai.Akak sentiasa berharap Izzah tetap tsabat,
             dalam jalan yang diwariskan rasulullah ini,
             Peganglah kitab Allah dan sunnah RasulNya semoga Izzah berjaya di dunia dan akhirat
             Dan semoga kita dapat bertemu lagi didalam jagaan Allah yang Maha Penyayang
             Salam sayang Izzah yang dikasihi..
                 
"Subhanllah,ya Allah aku ingin menjadi saksi atas kebaikan dan pengorbanan arwah kak mumtazah..Aku ingin berubah ya Allah..Tolonglah hambaMu ini.."


                





Thursday 15 March 2012

Pemuda Islam yang dirindui wanita solehah akhir zaman

Di sini saya nak share rekaan cerita saya di sore hari..Cerita nie lebih kepada pemuda-pemuda islam yang sangat dirindui oleh para wanita solehah..tapi wanita-wanita sekalian pun boleh baca jugak..insyaAllah ada sharing sedikit, walaupun mungkin tak sependapat dengan orang lain namun ini sekadar cerita rekaan saya berdasarkan pendapat saya sahaja..Mana-mana yang tidak sependapat tu saya mohon maaf ye..:-)
Ok jom, Ceritanya bermula dengan seorang kakak tanya pada adiknya satu soalan cepu mas, hehe..

Sementara tunggu asar, syasya bercadang hendak berbual dengan adik lelakinya, asyraf. Lalu, dia pun pergi mengetuk pintu bilik adikknya itu. Lalu kendengaran suara garau dari dalam " Masuklah, pintu tak berkunci".

"Oh, kak sya. awat kak?." Asyraf bertanya pada kakaknya.
 
"Eh,tak da pa pun, saja kak nak sembang dengan hang. Sementara kak dok cuti ni kan, bila lagi kak nak sembang ngan adik laki kak sorang nie..hehe..awat tak leh ka?" 

"Dok aih, boleh ja kak, pasai pa tak buleh pulak." jawab adiknya.
 
"Hang dok buat apa ni?" Tanya syasya.

"Saja dok online facebook sat kak, sementara tunggu asar, Acap kesian lah tengok sedara-sedara kita kat bumi palestin dan syria, Allah bagi ujian kat depa, kita  ni kat sini banyak yang leka dek kesenangan dunia." Asyraf mengeluh. 

Aku mengangguk setuju. 

"Eh Acap, bila hang masuk kolej?kak lupa dah." aku sambung.

"Minggu depan kak,awat?" balas Asyraf pendek.

"Saja lah tanya, Ni kak nak tanya sikit buleh dak?" Nadaku lembut.

"Tanya lah kak sya, jangan tanya benda-benda yang Asyraf tak buleh jawab sudah..hehe," jawabnya sambil ketawa sinis.

Syasya pun bertanya "hang ada minat kat sapa-sapa dak kat sekolah hang dulu? Kak tanya sebab hang kan dah umur 19..remaja sekarang kan mudah hanyut dengan cinta..kecil-kecil budak sekolah rendah pun dah pandai bercintan cintun.Tak kan hang tak dak minat kat sapa-sapa kut?" Usik Syasya

Asyraf jawab, ."ada!"..dengan nada selambanya sambil tersenyum sinis.

huh~nk melatah jugak bila dengar tu..hehehe tapi Syasya diam dulu sebab adiknya seakan mahu sambung lagi...

"tapi,dia tu perempuan yang baik,dia bukan jenis yang kapel-kapel nie kak",

"Hmm ok, jadinya? balas Syasya pendek seakan tidak puas hati apabila adiknya berkata begitu.  

Memang aku pernah dengar cerita pasal perempuan tu,  yang aku tahu perempuan tu budak kelas dia...Syasya bermonolog sendiri

"hmm tapi Acap tak mau ganggu dia walaupun dalam hati Acap suka kat dia, Acap nak blaja betui-betui dulu..klu ada jodoh insyaAllah ada la tu. Betui dak kak?"





Syasya jawab," betul.betul.betul. Kak setuju dengan hang". Tiba-tiba suara azan berkumandang menunjukkan waktu asar sudah pun masuk. Asyraf mengajak kakaknya solat. " Jom kak, kita solat dulu, solat di awal waktu kan lebih baik. Acap nak pergi masjid ni solat berjemaah. "


"Ok2 jom!" Syasya melangkah keluar dari bilik adiknya sambil mengelamun sendirian. Dalam hatinya , 

"SubhanAllah alhamdulillah Engkau beri kefahaman kepada adikku.Bukan apa,klu kita lihat kan syg pemuda-pemuda pejuang Allah sekarang sangatlah mudah tersungkur jikalau berhadapan dengan cinta..nak tau kenapa??memang lah perempuan yang dia minat tu menjaga agamanya,klu di tegur jangan buat macam tu mesti dia balas, biarlah, dia perempuan baik bukan macam yang lain..kalau aku tak dekati dia nanti jatuh ke tangan orang lain pulak..rugi-rugi..ada plak macam tu kan..memang cinta itu buta lah..sampaikan ilmu yang dia pelajari selama nie pun kalah dengan cinta..ish3..mintak sangat-sangat wahai pemuda-pemuda Islam yang dirahmati Allah..jangan dekatinya tapi dekati walinya..Hormatilah dia sebagai insan yang menjaga maruah agamanya. Halalkan hubungan dengan nikah..cara untuk mendekati hati wanita solehah itu sangatlah tidak kena sekiranya minta berkawan dahulu sehingga rasa duit cukup baru nak kawin..sebab apa??sebab wanita yang kamu minati itu bukan calang-calang wanita, dia wanita solehah yang mnjaga agamanya...InsyaAllah dia sudah berusaha istikharah sebelum membuat keputusan..Andai ditolak yakin lah bahawa Allah telah menyediakan seorang yang terbaik buat kamu. Yang penting kamu kena perbaiki peribadi kamu sebab ciri-ciri peribadi yang kamu impikan ada pada jodoh kamu itu perlu ada pada kamu sendiri dahulu!!!...betul kan..ha masih belum terlambat..gunakan lah ilmu yang ada pada diri sebaik-baiknya..Allahu'alam"

 Tiba-tiba" Kak lang Sya, buat apa tu dalam bilik air lama-lama? Ummi nak masuk pulak ni, Nanti lambat pulak nak solat Asar." terdengar jeritan suara Ummi Syasya dari luar. 

Hehe, berangan pulak aku. "Ya ummi, Syasya dah siap ni, mintak maaf ummi." Balasku dengan nada bersalah.