Wednesday 27 December 2017

Cara Terbaik Hilangkan Parut Jerawat Dari Rumah

Saya yakin memiliki kulit yang licin dan cantik adalah impian setiap orang, wanita mahupun lelaki. Adakah anda sudah mencuba untuk menghilangkan parut jerawat anda? Berjayakah anda menghilangkannya? Pasti anda mencari apa solusi atau tips untuk menghilangkan parut dengan berkesan. Baiklah sebelum saya kongsikan cara rawatan terbaik untuk hilangkan parut jerawat, mari saya kupaskan dahulu bagaimana parut jerawat itu boleh berlaku, serta jenis-jenis parut yang ada. 
Jerawat merupakan satu penyakit kulit yang biasa. Lebih 80% remaja menghadapi masalah jerawat. Ia bukan sekadar penyakit kulit malah ia boleh menjejaskan emosi dan kualiti hidup pesakit apabila masalah ini menjadi lebih teruk seperti mempunyai parut jerawat kekal dan sebagainya. 
Parut jerawat merupakan hasil produk luka jerawat yang meradang. Radang jerawat ini biasanya berlaku apabila folikel rambut, atau pori terlalu penuh dengan minyak, sel kulit mati atau bakteria. 
Jadi apa yang berlaku seterusnya? Pori tersebut akan membengkak dan menyebabkan dinding folikel kulit pecah. Jika ia berlaku dekat permukaan kulit yang atas, ianya selalu akan sembuh dengan cepat. Luka yang lebih teruk akan menyebabkan dinding folikel pecah lebih dalam. Nanti saya akan tunjuk jenis-jenis parut yang berlaku mengikut seteruk mana dinding folikel itu pecah. Apabila dinding itu telah pecah maka bahan-bahan yang tersumbat di dalam pori tadi akan menumpah keluar ke dalam lapisan dalam kulit yang dipanggil lapisan dermis dan seterusnya merosakan tisu kulit yang sihat. 
Untuk merawat kerosakan yang berlaku pada lapisan dermis, pertahanan radang kulit akan semula jadi datang bantu hasilkan kolagen fiber yang baru. Kolagen adalah protein fibrous, yang menguatkan strekstur dan fleksibiliti kulit. Malangnya, "bantuan baik pulih" kolagen tidak akan menghasilkan kulit selicin dan sesempurna sebelum radang berlaku. 
Sekiranya kulit terbuka seperti jerawat yang pecah dan kemudian apabila ia tutup kembali anda akan mendapat hasil kulit yang tidak sekata atau berlakunya pigmentasi. 
Luka jerawat akan membentuk menjadi parut apabila ianya sudah sembuh. Dalam sesentengah keadaan proses penyembuhan luka jerawat ini boleh menyebabkan hilang keseluruhan kolagen dan akibatnya berlaku parut atrophic/pitted (tenggelam) ataupun alternatifnya, ia boleh juga berlaku banyak pengeluaran kolagenase yang menyebabkan pembentukan parut hypertrophic/raised (menonjol). Lihat gambar rajah 1 untuk perbezaan.
Related image
Gambar rajah 1
Tindakan awal sekiranya diambil boleh membantu menghalang atau mengurangkan kemunculan parut jerawat. Merawat jerawat tidak cukup sekiranya tidak mengambil kira bagaimana parut itu berlaku. Tahap pengukur sama ada rawatan itu berjaya atau tidak ialah bergantung kepada jenis parut itu sendiri. Justeru itu, penting untuk mengetahui jenis parut, dan hubungannya dengan anatomi kulit.
Statistik menunjukkan 75% jenis parut jerawat ialah parut atrophic yang dikelaskan sebagai parut icepick, parut boxcar dan parut rolled-over berdasarkan bentuk yang muncul. (Lihat gambar rajah 2)
Image result for ice pick scar
Gambar Rajah 2
Parut icepick berbentuk V, biasanya berlaku < 2 diameter dan ianya boleh berlaku sejauh dalam hingga ke hujung lapisan dermis (lapisan kulit dalam).
Parut Boxcar berbentuk bulat ke bujur. Ianya akan mendatar dan bersize diameter 0.1-0.5mm ke dalam lapisan dermis. 
Parut rolled over biasanya mempunyai bentuk yang tidak sekata dan beralun. Ianya juga boleh berlaku sejauh 5mm diameter. Kulit akan kelihatan bergulung dan beralun. 
Gambar rajah 3 dibawah menunjukkan contoh jenis parut. 
Image result for ice pick scar
Pengeluaran kolagen berlebihan pada tempat yang berlaku jerawat akan menyebabkan parut menonjol dan kelihatan lebih merah. Keadaan jerawat ini lebih selalu kelihatan pada orang yang lebih berkulit gelap berbanding yang kulit cerah.
Bagi jenis-jenis parut diatas, jika ianya terlalu jauh ke dalam dermis maka rawatan esklusif adalah cara terbaik perlu dilakukan seperti laser therapy, needling, punch exicision dan sebagainya. Akan tetapi rawatan ini akan melibatkan kos yang tinggi. Di sini saya kongsikan 3 pilihan alternatif apa yang anda boleh buat di rumah untuk kurangkan masalah parut jerawat anda:
1. Dermarolling. 
Dermarolling akan merangsang penghasilan kolagen di dalam kulit. Prosedurnya melibatkan menyucuk kulit menggunakan jarum mikro roller dan akan pecahkan kedutan halus, sun damage,acne spots dan beberapa jenis parut untuk merangsang kolagen terhasil. Jarum yang dilakukan di rumah ialah antara 0.25mm hingga 1.0mm. Persoalannya dimana hendak dapatkan roller ini? Anda boleh beli online seperti melalui lazada dan hanya taip needle “rollers.” atau derma roller. Sebelum memulakan anda boleh meletakkan serum yang mempunyai vitamin,hyaluronic acid, atau bahan yang ada antipigmentasi, serta kolagen. Jika anda menggunakan 0.5mm jarum anda boleh melakukannya sehari sekali setiap malam, namun jika memakai jarum bersaiz 1.0mm anda dinasihatkan memakai seminggu sekali. Dan juga penting untuk meniitik beratkan kebersihan semasa melakukan rawatan. (Lihat gambar rajah 4)
Image result for derma roller
2. Collagen Serum (Mary Jardin) bagi parut pitted.
Seperti yang saya terangkan sebelum ini parut pitted berlaku disebabkan kolagen hilang kesluruhan. Jadi kulit tidak mempunyai cukup kolagen untuk membantu baik pulih kulit. Maka kolagen serum sangat bermanfaat untuk jenis parut jerawat ini. Bahan berasaskan kolagen boleh menganjalkan kulit, mengurangkan kedutan dan garis halus dan biasanya diformulasi dalam bentuk serum. Secara semulajadinya badan kita menghasilkan kolagen tapi produksi menurun saban tahun terutamanya bila dah masuk 30 tahun ke atas. Formulasi serum secara luaran ( topikal ) boleh target masalah kulit secara direct dan SPESIFIK. Molekul kolegen yang besar tidak dapat diserap ( tapi dah ada fungsi sebagai filler) namun akan menjadi stimulator (peransang) pembuatan kolagen oleh permukaan kulit. Gunakan seperti yang diarahkan dan anda akan lihat perubahannya dalam masa sebulan!
3. Papaya Mask DIY
Papaya Mask DIY boleh membantu mengurangkan kesan parut sekiranya parut jerawat itu sekadar berada di permukaan kulit. Cara untuk membuatnya ialah:
- potong buah betik kemudian blend sehinga menjadi paste.
- masukkan dua sudu madu.
- sapukan rata kepada wajah.
- biarkan selama 10 minit dan bersihkan menggunakan air suam.
Related image

Itu sahaja entry kali ini mengenai parut jerawat. Kenali jenis parut anda dan buat pilihan terbaik untuk kekal cantik dan juga selamat memiliki kulit yang halus licin dan sempurna! InsyaAllah nanti kita akan masuk entry lain pula mengenai penjagaan kesihatan kulit wajah dan badan.

Fishah Shukri,
telegram/whatsapp: 01115792119

sumber:
1.http://www.removethescars.com/scars/fade-pitted-acne-scars-effectively/
2.http://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1111/bjd.13650/full?wol1URL=/doi/10.1111/bjd.13650/full&regionCode=MY&identityKey=3c455fbe-a594-4037-a0ee-771a7ca6cdeb